Sabtu, 12 Oktober 2019. Pada hari ini, merupakan detik bersejarah kepada Repeater Gunung Ledang dengan callsign repeater 9M4RLD telah ke udara kembali setelah sepi selama lebih kurang dua minggu. Keputusan telah diambil untuk menggantikan radio, dengan radio baru jenama Kenwood single band VHF, model TH-K20A. Radio sebelumnya juga jenama Kenwood TH-K20 yang difahamkan sudah berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun, sudah tidak berfungsi dengan baik akibat kerosakan receive dan trasmitnya. Selain dari itu, keputusan juga diambil untuk menggantikan solar charger controller yang lama yang menggunakan teknologi PWM kepada yang baru, menggunakan teknologi MPPT.
Setelah mendapat restu dari Presiden JASRA, cadangan membuat rayuan sumbangan kepada rakan-rakan radio amatur telah dilaksanakan dan dihebahkan. Selama lebih kurang hampir dua minggu kempen tersebut dilaksanakan, akhirnya berjaya mendapat sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 2,065.00. Seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli JASRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang telah menyumbang dan mendoakan mudah-mudahan dimurahkan rezeki dengan sumbangan ikhlas tersebut. Sesungguhnya semua pihak sangat terharu dengan sambutan dan sumbangan yang telah diberikan.
Pembelian telah dibuat dengan kos sebanyak RM 1,430.00 dan peralatan baru tersebut diserahkan kepada 9W2GND bang Ghazali pada 10 Oktober. Akhirnya setelah beliau membuat ujian, pemasangan connector dan interface serta mengemaskan pendawaian, beliau bersama dengan seorang rakan SWL bernama Idris telah mendaki Gunung Ledang dan membuat pemasangan dan ujian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih diatas usaha dan kesungguhan tersebut atas semangat ham spirit. Usaha akan terus dilaksanakan untuk peningkatan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Mudah-mudahan kemudahan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, bukan sahaja komunikasi semasa aman, namun sangat berguna dalam situasi kecemasan, musibah atan bencana alam sekiranya diperlukan.
[player id=899]
End.