Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Biro IT JASRA yang diketuai oleh 9W2FNZ Firdaus yang telah selesai mengintegrasikan senarai ahli yang telah mendaftar sebagai anggota EDCRT (Emergency Disaster Communication Response Team) ke dalam pengkalan data.
Untuk ahli JASRA, sila login seperti biasa menggunakan nombor kad pengenalan (tanpa sempang) anda untuk User ID dan isi katalaluan anda. Untuk kali pertama log in, kata laluannya juga nombor kad pengenalan (tanpa tanda sempang). Ada penambahan menu EDCRT seperti gambar diatas. Sekiranya lupa kata laluan, klik link Lupa katalaluan.
Kini muka utama sistem online telah dikemaskinikan dengan menambah menu berikut:
1. Lupa katalaluan. Klik dan perlu mengisi no kad pengenalan (tanpa tanda sempang) dan kemudian memerikasa email anda untuk mendapatkan katalaluan yang baru.
2. Borang Keahlian JASRA. Untuk pendaftaran baru menjadi ahli JASRA.
3. Borang Keahlian EDCRT JASRA. Untuk mendaftar Keahlian EDCRT JASRA.
4. Log Masuk Ahli EDCRT JASRA. Khusus untuk mereka yang telah mendaftar sebagai anggota EDCRT, boleh log masuk menggunakan email anda untuk mengemaskinikan kad pengenalan dan butiran lain serta memuat turun Sijil / Watikah sebagai anggota EDCRT JASRA dalam file pdf dan boleh mencetaknya sendiri.
Semoga penambahbaikan yang buat dari masa ke semasa ini akan dapat memudahkan semua rakan-rakan dalam keluarga besar JASRA.