Rujuk:
A. Arahan Terperinci Komunikasi Simplex Untuk Simulated Emergency Test (SET) JASRA Siri 1/2020 bertarikh 13 Mac 2020.
1. Berlanjutan dari Pengumuman Kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020 yang terpakai di seluruh Malaysia, yang disandarkan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, pengurusan JASRA sangat memandang dengan serius situasi semasa kejadian jangkitan Virus Covid-19 dimana berdasarkan statistik terkini, Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara rakyatnya terkena jangkitan virus tersebut.
2. Virus Covid-19 merebak dengan sangat pantas dan akan meningkat secara exponential. Oleh itu, pengurusan JASRA telah mengambil keputusan untuk meneruskan aktiviti dengan pindaan peraturan seperti di Rujuk A seperti berikut:
Perenggan 20. Dipinda kepada: Lokasi Stesen. Berdasarkan situasi semasa wabak Virus Covid-19, semua penyertaan adalah WAJIB dari Base Station. Pengurusan JASRA tiada halangan sekiranya operasi secara team dilaksanakan di base station, namun budi bicara peserta sangat diharapkan dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020. Pengurusan JASRA tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kesan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
3. Sehubungan dengan itu, perenggan 27, 28, 30, 31 tidak lagi relevan dan semua peserta yang telah mendaftar sebagai Portable Station wajib mendaftar semula sebagai peserta Base Station. Perkara lain tidak berubah. Untuk maklumat dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Segala kesulitan yang berlaku adalah sangat dikesali.