Dengan hormatnya memaklumkan kepada Tuan / Puan semua ahli JASRA bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA) kali Ke-14 yang akan diadakan seperti maklumat dibawah :
Tarikh : 5 November 2021 (Jumaat)
Masa: 9 malam
Tempat: Secara online Google Meet
https://meet.google.com/itt-qxit-xak
2. Tuan / Puan adalah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung tersebut di atas. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Meluluskan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
2.2 Menerima Laporan Aktiviti.
2.3 Membentangan dan Menerima Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan.
2.4 Membentangkan usul yang diterima sekiranya ada.
2.5 Hal-hal lain.
2.6 Penangguhan mesyuarat.
3. Adalah dengan ini Tuan / Puan diminta hadir bagi menunaikan tanggungjawab mengikut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Salinan surat dalam format pdf: AGM14-2021-Notis_Mesyuarat_Agung_JASRA_Ke_14.
Setiausaha