Setelah kira-kira sebulan lebih repeater JASRA Gunung Ledang 9M4RLD mengalami masalah teknikal dan tidak dapat berfungsi, akhirnya pada tanggal 1 April 2022, sukarelewan rakan-rakan dari Melaka, Segamat dan Johor Bahru telah meluangkan masa untuk membantu membuat kerja-kerja senggaraan repeater.
Memang telah dijangkakan bahawa punca permasalahan repeater 9M4RLD yang menggunakan kuasa solar adalah dari bateri solar gel yang telah terlalu berusia, difahamkan telah berusia 7 atau 8 tahun. Akhirnya dengan kelulusan pengurusan JASRA, pembelian bateri solar gel yang baru dengan spesifikasi 12V 150 Ah telah dibuat.
Sebelum penggantian tersebut, pemeriksaan awal sehari sebelum telah dibantu oleh 9W2ZRI Zairi dengan membuat pemeriksaan kuasa solar panel dan solar charger controller dan charge yang ada pada bateri yang sedia ada.
Membawa bateri seberat 42 kg itu dari lokasi meletak kenderaan menuju ke tapak repeater memang mencabar, namun akhirnya dengan semangat kerjasama dan bantu membantu oleh rakan-rakan, misi tersebut dapat dilaksanakan. Selain dari itu, pemeriksaan dan senggaraan dilaksanakan, khususnya membersihkan permukaan solar panel yang mudah berlumut dan kotor dan pemeriksaan guyed wire.
Seluruh ahli kelurga besar JASRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang meluangkan masa membantu membuat senggaraan. Mudah-mudahan fasiliti yang sentiasa dibuat senggaraan ini sentiasa dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakan-rakan, khususnya menjelang bulan Ramadhan dan seterusnya mengendalikan Sahur Net. Terima kasih kepada 9W2USM, 9W2JCG, 9W2ZNL, 9W2VPZ, 9W2HGB, 9W2FRP dan SWL Syazwan.