Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Agung JASRA ke 15 akan diadakan seperti maklumat di bawah:
Tarikh : 21 Mei 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Rumah Kelab JASRA Daerah Kluang
JKR 449, Jalan Hospital, Kluang,
Johor Darul Takzim
2. Softcopy Buku Program Mesyuarat Agung boleh di muat turun di sistem online JASRA di https://online.jasra.org.my untuk tujuan rujukan dan pembacaan awal. Buku Program Hard Copy akan diedarkan sebelum mesyuarat bermula nanti. Semua rakan-rakan dijemput hadir. Kaunter pembayaran yuran dan pendaftaran ahli baru juga dibuka. Mohon kehadiran awal untuk melancarkan acara.
3. Mesyuarat Agung akan dimulakan pada jam 10.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 12 tengahari. Untuk sambutan rumah terbuka Hari Raya, JASRA akan menyediakan juadah asas untuk sambutan Hari Raya, namun demi memeriahkan lagi majlis, semua ahli sangat digalakkan untuk membawa apa-apa makanan yang bersesuaian untuk bersama kita memeriahkan majlis tersebut.
4. Adalah diharapkan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan majlis yang dianjurkan disamping mengeratkan silaturahim sesama kita. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.