Peringatan Mengaktifkan ‘Two Factor Authentication’ 2FA Aplikasi Whatsap / Telegram

Telah berlaku sejak kebelakangan ini akaun Whatsapp atau Telegram rakan-rakan telah digodam oleh scammer yang menyamar dan bertanya khabar, kemudian menghantar mesej meminta meminjam wang, kononnya untuk sekejap sahaja atas alasan terdesak dan sebagainya. Malah ada yang tertipu akibat dari kecuaian, mereka yang bijak akan membuat panggilan telefon kepada ‘rakan scammer’ tersebut untuk membuat pengesahan.

Selain dari itu, kelalaian dan sikap tidak ambil tahu dengan alasan tak pandai nak setting untuk mengaktifkan Two Factor Authentication di aplikasi Whatsapp atau Telegram masing-masing menjadi faktor penyumbang utama permasalahan ini.

Pihak JASRA tidak bertanggung jawab terhadap keselamatan aplikasi media sosial yang rakan-rakan pergunakan. Silalah ambil perhatian terhadap masalah serius ini yang mungkin akan akan menjejaskan nama baik anda sendiri dikalangan sahabat-sahabat lain. Sekiranya tidak tahu bagaimana caranya, mintalah bantuan kepada rakan atau saudara atau sesiapa sahaja. Sila baca panduan mengaktifkan 2FA untuk Whatsapp dan Telegram.

Stay Safe !

Admin