Dengan sukacitanya dimaklumkan, Sistem Keahlian Atas Talian (Online Membership System) JASRA telah boleh di akses di https://online.jasra.org.my dengan menggunakan PC atau telefon pintar. Walau bagaimana pun, sistem ini masih dibangunkan, dikemaskinikan dan ditambah fungsi-fungsinya dengan begitu intensif dan masih terdapat ‘bugs’ yang telah dikenalpasti dan dalam proses pembaikan dan ujian. Untuk kali pertama log in, anda perlu menggunakan nombor kad pengenalan anda sebagai ID pengguna dan kata laluan.
Sungguh pun masih terdapat menu yang belum berfungsi, semua rakan radio amatur yang telah menjadi ahli JASRA sangat digalakkan untuk log in ke dalam sistem itu untuk mengemaskinikan butiran peribadi masing-masing di dalam pengkalan data sistem tersebut. Setelah berjaya log in, lihat di sudut atas sebelah kanan, ada 3 garisan pendek dan tekan disitu.
Setelah itu, akan muncul menu untuk anda menukar kata laluan, mengemaskinikan profil dan memuat turun Sijil Keahlian anda. Walau bagaimana pun, untuk memuat naik gambar foto anda, hanya boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan PC. Manakala rekod pembayaran yuran anda masih dalam proses kemaskini datanya dan belum boleh dilihat.
Sila ambil perhatian, pengemaskinian data oleh anda sendiri sangat mustahak demi menentukan data anda tepat dan betul serta terkini. Alamat email hendaklah tepat dan tidak terdapat sebarang salah ejaan.
Sekiranya anda gagal untuk log in menggunakan nombor kad pengenalan anda walaupun telah menentukan nombor kad pengenalan anda betul dan tepat, kemungkinan besar kegagalan tersebut berpunca dari kesilapan data entry di pengkalan data. Sila hubungi kami menggunakan borang web dipautan ini dan berikan tempoh 24 jam untuk pentadbir sistem membuat pembetulan.
Demikian dimaklumkan. Sekiranya terdapat sebarang cadangan penambahbaikan, sila hubungi kami.