Maklumat Umum Radio Amatur

Nota ini diambil dari blog (link dibawah), di copy paste untuk tujuan ilmu dan pembelajaran. Sedikit pindaan dibuat untuk memperkemas struktur ayat dan pembetulan kepada ejaan yang salah.

Sumber: https://zulnaim.blogspot.com/2013/06/asas-radio-amatur.html

# Pengenalan kepada Radio Amatur…semua orang boleh menceburinya kecuali orang yang tidak siuman…

Logo Radio Amatur Antarabangsa

Apa Itu Radio Amatur

Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui gelombang radio. Seseorang itu juga dapat menghubungi seseorang yang lain secara individu atau berkumpulan dengan menggunakan pesawat radio yang menghasilkan gelombang magnetik.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa. Pada waktu bencana, Radio Amatur amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadangkala boleh bercakap dengan angkasawan @ membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol didalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARTS atau Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Contoh yang lain adalah seperti kejadian Tsunami, kemalangan helicopter yang jauh di Genting Highland dan banjir di Pekan.

Secara asasnya, terdapat dua jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yang kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop.

Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, AKRAB, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

Seseorang yang hendak menjadi ‘Ham Radio’ hendaklah lulus di dalam peperiksaan yang dinamakan RAE (Radio Amateur Examination) . Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapat lesen Radio Amatur. Di Malaysia pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amatur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia. Hanya mereka yang lulus dan diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur.

Callsign (Nama panggilan)

Setiap Amatur mempunyai nama panggilan atau callsign. Di Malaysia barat callsign nya ialah 9M2xxx untuk Kelas A dan 9W2xxx untuk Kelas B. Di Sarawak 9M8xxx untuk Kelas A dan 9W8 untuk Kelas B manakala di Sabah 9M6xxx untuk Kelas A dan 9W6xxx untuk Kelas A. 9Mxxx ialah kelas A yang lulus RAE dan ujian morse kod manakala 9Wxxx ialah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.

Siapakah yang harus anda hubungi untuk mendapatkan bantuan?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat diseluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Berikut disenaraikan sedikit Q-Qode yang diterima pakai untuk kegunaan komunikasi di repeater:

QRA : Nama stesen/handle anda
QRK : Tahap jelas pancaran(R1-R5)
QRL : Frekuensi sedang digunakan @ sibuk
QRM : Ganguan dari stesen lain
QRO : Tingkatkan kuasa pancaran @ High power
QRP : Rendahkan kuasa pancaran @ Low power
QRT : Berhenti memancar
QRU : Sekian sahaja dari saya (mesej)
QRV : Anda sudah bersedia @ saya sudah bersedia
QRX : Berhenti utk seketika @ akan kembali semula pada (masa) @ standby
QRZ : Siapa yg memanggil
QSA : Kekuatan signal (S1-S9)
QSP : Menyampaikan mesej
QST : Perhatian semua stesen
QSY : Bertukar (pancaran) ke frekuensi lain
QTH : Lokasi anda
QTR : Masa (jam)
QRG : Frekuensi / jalur

Jargon dan slang yang lazim digunakan semasa QSO:

73 : Salam bahagia/salam sejahtera
jalopy : kereta
XYL : Isteri
YL : Wanita tanpa mengira umur
Harmonic : Anak
WX : Keadaan cuaca

BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR

Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali mestilah memegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh SKMM (MCMC). Permohonan boleh di buat secara online. Nama Panggilan (CallSign) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mengikut Kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur. Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan mengoperasikan Stesyen Radio Amatur.

Peruntukan Nama Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :

Semenanjung Malaysia – Kelas A – 9 M 2 x x x
Kelas B – 9 W 2 x x x

Sabah – Kelas A – 9 M 6 x x x
Kelas B – 9 W 6 x x x

Sarawak – Kelas A – 9 M 8 x x x
Kelas B – 9 W 8 x x x

PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Semua Stesyen Radio Amatur mestilah mempunyai lesen yang sah daripada SKMM (MCMC) sebagai sebuah badan berkuasa untuk industri komunikasi di Malaysia. Anda mestilah memiliki sijil Penguntukan Radas Radio Amatur (ASAA) untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Di bawah kategori radio amatur terdapat tiga kelas iaitu :

1. Permohonan untuk Penguntukan Radas (Perkhidmatan Amatur) ASAA kelas A dan B

2. Permohonan untuk Penguntukan Radas (Perkhidmatan Mobil) borang untuk Stesyen Pengulang (Repeater) Amatur

Tempoh sah Penguntukan Radas Radio Amatur (ASAA) adalah diantara 3 bulan hingga 5 tahun.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Untuk kelayakan, pemohon mestilah :

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan berumur tidak kurang dari 14 tahun untuk kelas B

Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun, dikehendaki mendapat pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab.

2. Warganegara Malaysia atau warganegara asing yang mempunyai perjanjian timbal balik ( Reciprocal Aggrement ) dengan Malaysia.

3. Pemegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur ( AROC ) kelas A atau B hendaklah mengemukakan salinan keputusan Peperiksaan Radio Amatur kepada SKMM ( MCMC ).

KEPERLUAN PEMATUHAN

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dan pindaan yang dibuat.

KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Peraturan Radio (Radio Regulation) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa (ITC).

Penggunaan ulangan untuk stesyen pengulang yang mengoperasikan jalur Ulangan Amat Tinggi ( VHF ) dan Ulangan Teramat Tinggi ( UHF ) dalam jarak 50 kilometer daripada sempadan Malaysia akan memerlukan Koordinasi Sempadan dengan negara jiran berkenaan.

YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Yuran Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual dibawah :

Kelas Yuran Permohonan Yuran Tahunan
Kelas A RM 60.00 RM 36.00
Kelas B RM 60.00 RM 24.00
Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00

PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

Stesyen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia. SKMM (MCMC) akan mengeluarkan ASAA kepada stesyen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.

ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.

Stesyen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.

PEPERIKSAAN

Terdapat tiga jenis peperiksaan Radio Amatur :

1. Peperiksaan bertulis Radio Amatur (RAE).

2. Peperiksaan Berkomputer (ORAE)

2. Peperiksaan amali Kod Morse (CW Test).

PEPERIKSAAN BERTULIS RADIO AMATUR (RAE) DAN BERKOMPUTER (ORAE)

Peperiksaan bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ;

1. Teori Eletrik, Eletronik dan Radio Komunikasi.

2. Teori dan Operasi peralatan radio termasuk sistem antenna, pemancar, penerima, amplitude, modulasi ulangan dan teknik single sideband.

3. Peraturan yang dibuat dibawah akta yang membolehkan mana-mana stesyen ujud dan beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur.

4. Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) membolehkan stesyen radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan tertakluk kepada peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya.

Terdapat 100 soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk objektif dan calun diberi masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan. Setiap jawapan yang salah tidak akan dipotong markah.

UJIAN KOD MORSE (CW TEST)

Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur keupayaan dan kemahiran pengendali stesyen radio amatur.

1. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

2. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka, Isyarat Khas, Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

Calun mestilah berupaya mengantar mesej sebanyak 36 perkataan (lebih kurang lima huruf satu perkataan) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dengan kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan. Maksimum empat kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan.

Calun mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dan setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan. Satu perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum dua angka yang diterima salah dibenarkan.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan diadakan dari masa ke semasa. Tarikh , Masa dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM (MCMC). Notis penghebahan akan dibuat melalui media cetak dan eletronik. Terma dan syarat, peraturan permohonan, cara pembayaran dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga dimaklumkan.

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran peperiksaan adalah seperti berikut :

1. Peperiksaan Radio Amatur (RAE) – RM 50.00

2. Ujian Kod Morse (CW TEST) – RM 50.00

Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kepada calun sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke tarikh peperiksaan yang lain atau dari calun kepada calun yang lain.

HAD KELAYAKAN UMUR

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) adalah 14 tahun.

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod (CW Test) adalah 18 tahun.

Stesyen Radio Amatur Kelas A diberi keutamaan untuk pemancaran kuasa tinggi tetapi perlu mengambil kira dan bertanggungjawab ketika beroperasi/mengendali stesyen.

PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN

Pengendali Stesyen Radio Amatur kebiasaannya dikenali sebagai ”Ham Radio Operator” atau ”HAM”. Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan adalah seperti berikut :

1. Berkomunikasi dengan stesyen radio amatur di seluruh dunia dengan radio HF.

2. Berkomunikasi diantara bandar-bandar dengan menggunakan radio VHF dan UHF.

3. Memberi perkhidmatan komunikasi ketika berlakunya bencana alam sekiranya tidak
terdapat alat komunikasi yang lain atau tidak berfungsi.

4. Membina sendiri radio, alat pemancar, alat penerima dan antena.

5. Berkomunikasi melalui satelit amatur di orbit tanpa sebarang kos.

6. Berkomunikasi dengan angkasawan ketika mengelilingi dunia.

7. Membuat kajian dengan Amatur TV (ATV), Slow Scan TV (SSTV) atau menghantar gambar potret dengan menggunakan faksimili.

8. Mengambil bahagian didalam sebarang pertandingan Radio Amatur atau membina sendiri peralatan pandu arah.

9. Mengambil bahagian dalam aktiviti mencari dan menyelamat.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

Secara khususnya, terdapat beberapa perkara yang mana stesyen radio amatur dilarang melakukannya :

1. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali mencari sumber kewangan melalui radio.

2. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali memancarkan siaran kepada umum. Pemancaran radio amatur adalah untuk diterima oleh pengendali stesyen radio amatur sahaja.

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM APA YANG ANDA IDAMKAN.