Catatan oleh 9W2BCB
Pada 16 Oktober. 2019 semasa perjalanan pulang dari Jengka Pahang menuju ke Johor Bahru, kami sempat singgah sebentar di Komplek Rakan Muda Bera untuk menghadiri program.’Buang yang keruh, ambil yang jernih” di Bandar Bera Pahang, setelah diundang oleh teman-teman semasa QSO di jaluran MARTS Linking untuk bersama-sama meraikan program ini.
Apabila sampai di lokasi, saya sangat terharu dan teruja dengan sambutan yang diberikan. Layanan dan kemesraan yang diberikan seolah-olah telah lama mengenali.
Walaupun hanya sebentar dapat meluangkan masa dan kedatangan tidak dirancang, alhamdulillah dapatlah memperkenalkan diri dan beramah mesra untuk mewakili JASRA. Sejuta penghargaan dan terima kasih kepada Pak Syed 9W2DRQ dan abang Muharram 9W2LGO serta rakan-rakan radio amatur yang lain.