Satu perkara yang menarik yang rasanya belum diusahakan secara serius oleh sesiapa ialah untuk mendokumenkan tentang sejarah Radio Amatur di Malaysia atau Malaya semas dari sejak sebelum merdeka. Kisah dan sejarah yang panjang ini sekiranya tidak diusahakan untuk didokumentasikan dengan penulisan, rakaman suara atau rakaman video akhirnya ceritanya akan lenyap begitu sahaja apabila ramai orang-orang lama yang lebih awal meneroka dan mempelajari radio akhirnya meninggal dunia.
9M2ESM Syamsul Bahri telah mengorak langkah menjejaki satu persatu elmer-elmer yang masih hidup dan beliau berjaya menemui Phil Zeid dengan callsign Malaya VS2CP/9M2CP yang berada di Perth, Western Australia yang telah berusia 96 tahun. Difahamkan sebelum ini mereka berdua pernah ber QSO di 20 meter band dan untuk tujuan rakaman video dan suara, dilaksanakan melalui perisian VOIP Skype. VS2CP/9M2CP Phil Zeid juga telah menulis buku sejarah hidupnya yang boleh dibaca di Google Books.
Tahniah kepada Bang Syam yang berusaha keras untuk tujuan ini dan mudah-mudahan akan ada koordinasi untuk dibentuk pasukan yang terdiri dari aktivis radio amatur untuk merekodnya dari seluruh pelusuk tanah air. Kita nantikan koordinasi dan maklumat selanjutnya.