Peringatan Untuk Memperbaharui Keahlian Tahunan JASRA dan Tawaran Pendaftaran keahlian baru.
Salam sejahtera.
Makluman kepada semua rakan ahli JASRA untuk menjelaskan yuran tahunan [Tahun 2020] yang berjumlah RM 30.00 [Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja]. Pihak pengurusan mendapati masih ramai rakan – rakan ahli yang belum membuat bayaran yuran tahunan pada tahun ini. Setelah menjelaskan bayaran sila muat naik resit / slip transaksi bank di laman sesawang di bawah. Oleh itu, pihak kami berharap agar tuan / puan boleh menjelaskan segera bayaran ini bagi mengelakkan yuran keahlian anda tertunggak.
Bagi rakan – rakan yang telah lama yuran tahunannya tertunggak iaitu sejak 2019 dan tahun sebelumnya bolehlah hubungi naib setiausaha Jasra [9W2JPX] melalui emel : 9w2jpx@gmail.com untuk perbincangan selanjutnya bagi menyelesaikan isu tunggakan berkenaan.
Manakala rakan – rakan yang berminat untuk menjadi ahli Jasra juga boleh berhubung dengan pihak pengurusan Jasra atau terus melayari laman sesawang bagi mengisi borang pendaftaran online.
https://www.jasra.name.my/index.php/sistem-keahlian-atas-talian-online/
Sekiranya ada permasalah sistem atas talian boleh hubungi :
9W2HOZ
9W2FRP
9W2JPX
9W2FNZ