Liputan CQ Merdeka oleh 9M62MJ

Selesai sudah aktiviti CQ Merdeka yang disertai oleh JASRA pada 30 dan 31 Ogos 2019, bertempat di rumah Kelab JASRA, Bandar Baru UDA. Bermula dari 29 Ogos malam, persiapan mula dilaksanakan oleh beberapa orang rakan dengan memasang banner, membuat pembersihan, pemeriksaan antenna dan peralatan. Amat malang sekali, CQ yang sepatutnya boleh dimulakan pada awal pagi 30 Ogos, gagal dilaksanakan kerana radio HF Yaesu FT 450 kepunyaan 9W2USC telah mengalami kerosakan dan CQ tidak dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Pada keesokan harinya, 30 Ogos, CQ Merdeka dapat dilaksanakan bermula jam 8.11 malam dan 9M62MJ telah mula bergema di udara. Beberapa orang aktivis radio amatur iaitu 9W2USC, 9W2SNN dan juga Station Master, 9M2CCC mula beraksi memanggil di freq 40 meter band dan CQ Merdeka dapat dilaksanakan selama 2 jam hingga jam 10.04 malam dan berjaya memperolehi 137 callsign yang direkokdkan ke dalam perisian logging untuk dihantar ke laman web penganjur dan juga ke qrz.com.

Kemeriahan CQ dapat dirasakan apabila ramai rakan-rakan turut hadir untuk memeriahkan suasana di Club House JASRA Bandar Baru UDA dengan membawa pelbagai makanan dan buah-buahan.

Seterusnya, pada 31 Ogos, bermula jam 10.12 pagi, CQ Merdeka disambung lagi hingga 8.26 malam yang berjaya memperolehi sebanyak 131 callsign, antara operator yang bertungkus lumus ialah 9W2USC, 9W2JQD dan 9W6ZAE.

Frequency yang dipergunakan di 40 meter band ialah di 7.122 MHz, 7151 MHz dan 7115 MHz serta beberapa frequency lain untuk hunting. Hasil dari CQ yang dilaksanakan, berikut ialah butirannya

Total CQ (HF) – 268

Prefix 9M – 16
Prefix 9W – 15
Prefix DU – 1
Prefix YB/YE – 35 + 2
Prefix YC/YF – 99 + 13
Prefix YD/YG – 76 + 10
Prefix YH – 2

Begitulah sedikit sebanyak aktiviti yang dilaksanakan oleh rakan-rakan radio amatur di rumah Kelab JASRA Bandar Baru UDA yang mendapat sokongan moral dari rakan-rakan, juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan eyeball bersama.

Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah kekurangan antenna untuk memancar di band yang lain seperti 80m, 20m, 17m, 15m dan 10m. Selain dari itu, hanya mode voice sahaja yang dipergunakan, manakala digital mode masih belum diteroka, begitu juga dengan CW. Walau apa pun kelemahannya, mudah-mudahan usaha penambahbaikan akan dapat dilaksanakan dengan menyediakan peralatan dan kelengkapan yang bersesuian.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan CQ Merdeka anjuran MARTS. JASRA mengambil pendirian untuk tetap menyokong dan menyertai apa-apa sahaja aktiviti radio yang dianjurkan diperingkat nasional sebagai tanda sokongan atas nama radio amatur. End. 73