EsHail-2 – Satelit Geostationary Pertama Radio Amatur

Pertama kali apabila saya mendapat tahu bahawa Persatuan Radio Amatur Qatar (Qatar Amateur Radio Society (QARS))  telah melancarkan module radio amatur mereka bersama dengan satelit komersial negara mereka yang diberi nama Es’hail-2, saya sangat teruja kerana sudah lama saya perkara sedemikian tergambar difikiran saya.

Pandangan bumi dari satelit. Kelihatan dengan jelas, footprint untuk negara kita Malaysia benar-benar berada di ufuk timur.

Carian demi carian dan pembacaan di internet dan ternyata bahawa perkara ini sebenarnya telah dirancang bermula dari tahun 2012 lagi apabila His Excellency Abdullah bin Hamad Al Attiyah, Pengerusi QARS bertemu dengan AMSAT-DL (Germany) di hamfest radio amatur di Qatar. Susulan dari itu bermulalah sessi perbincangan, mesyuarat dan sebagainya sehinggalah pelancaran transponder Narrow Band dan Wide Band melalui kapal angkasa Space X Falcon 9.  Apa yang menariknya, pelancaran modul radio amatur tersebut di orbit Geostationary sangat ditunggu-tunggu kerana satelit itu diumpamakan seperti ‘statik’ dan tidak berubah-ubah dan sangat memudahkan umpama kita membuat ‘tracking’ satelit TV sahaja. Namun yang jelasnya, satelit tersebut yang berada di Geo Orbit sememangnya telah dirancang kelajuan putarannya bersamaan dengan kelajuan putaran bumi. Saya juga berpeluang mempelajari orbit lain seperti HEO, LEO dan MEO dengan merujuknya di internet.

Alat yang diperlukan untuk tujuan receive atau monitor sahaja

Apabila melihat gambar pandangan bumi dari satelit tersebut, adalah jelas bahawa negara kita berada nun jauh di ufuk timur, saya jangkakan sekiranya hasrat untuk mewujudkan ‘ground station’ di negara kita agak mencabar untuk mendapatkan signalnya dimana percubaan demi percubaan di lokasi rendah dan tinggi perlu dibuat. ‘Footprint’nya sangat jelas bahawa negara kita berada dipenghujungnya, namun tidak mustahil untuk mencuba.

Stesyen Bumi (Ground Station)

Footprint dari negara Brazil di Amerika Selatan di paling Barat dan sebahagian Thailand, Malaysia dan Indonesia di paling timur.

Tinjauan saya secara sepintas lalu, untuk mewujudkan stesyen bumi yang berkeupayaan menerima dan memancar Radio Frequensi ke satelit tersebut, iltizam dan semangat yang kuat diperlukan. Saya membayangkan sekiranya diwujudkan satu team Special Interest Group khusus untuk mempelajari, meneroka, membeli dan membuat perolehan peralatan dan seterusnya melaksanakan banyak eksperimen terhadap keupayaan memancar dan menerima signal RF dari satelit tersebut.

Kedudukan dongakan offset dish dari Malaysia, dalam hal ini diambil contoh dari Johor Bahru, dilokasi lain di Semenanjung Malaysia juga hampir sama

Dengan menggunakan frequency X Band (10 GHz) untuk menerima pancaran sahaja (receive), banyak faktor yang perlu diambil kira terutamanya saiz dish yang bersesuaian sama ada offset dish atau parabolic solid dish, jenis LNB yang diperlukan, alat untuk memberikan power kepada LNB, down converter untuk menurunkan freq yang bersesuaian dengan RTL SDR yang digunakan serta perisian pada PC. Hal ini sudah tentu melibatkan kos, apakah peralatan itu boleh diperolehi secara tempatan atau perlu dibeli dari luar negera atau barangkali ada dikalangan kita yang pakar elektronik boleh membuat sendiri peralatan yang bersesuaian secara ‘homebrew’. Satu lagi yang lebih mencabar ialah keupayaan memancar menggunakan LNB S Band di frequency 2.4 GHz dengan menggunakan spiral antenna dan radio transiever yang bersesuaian sama ada dalam mode voice atau digital.

Uplink dan downlink Freq

Setelah itu, lebih menarik lagi sekiranya kita berjaya membuat link kepada radio transmisi secara tempatan sama ada secara simplex atau secara berkala ke repeater kita untuk memberikan peluang kepada rakan-rakan lokalan ber QSO dengan stesyen luar negara dari paling timur di negara kita hinggalah ke paling barat di Amerika Selatan (Brazil).

KEKUATAN SEMANGAT

Jelasnya pada pandangan saya, walau apa pun perkara yang ingin kita lakukan, kekuatan semangat atau di sebut ‘will power’ dalam Bahasa Inggeris adalah kunci kepada kejayaan hasrat ini. Usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh individu berminat yang seterusnya membentuk kumpulan dengan mendapatkan perolehan bantuan dana atau grant dari penaja, sama ada kerajaan atau swasta sangat diharapkan. Selain dari itu, kepakaran dari institusi pengajian tinggi tempatan jangan dilupakan dan tidak mustahil mewujudkan usaha secara bersama atas prinsip percambahan ilmu. Walau apa pun, saya tidak membuat penilitian terhadap ‘restriction’ yang dikenakan oleh MCMC untuk frequensi Radio Amatur untuk 2.4 GHz dan 10 GHz.

KESIMPULAN

Adalah diharapkan cerita angan-angan seperti ini andainya diteliti dan diperhalusi secara serius, pasti akan menjadi kenyataan. Saya membayangkan akan wujud banyak ground station dikemudian hari dimana-mana lokasi yang akan memberikan peluang kepada rakan-rakan membuat R & D dan mempelajari teknologi seperti ini.

Data lebih terperinci kedudukan dish menghala ke arah barat

Walau apa pun, ‘pioneer project’ harus dimulakan dan organisasi seperti MARL adalah difikirkan organisasi yang paling sesuai untuk membuat koordinasi dalam pencarian pejuang dan aktivis untuk projek ini. Mudah-mudahan akan menjadi kenyataan.

 

 

 

 

 

 

Rujukan (link):

Octagon LNB

ES’Hail Sat Link Converter

Upconverter VHF/UHF Prototype

DXpatrol by Gadgetpriority electronics

Qatar OSCAR-100 Web Receiver Project

A cheap 10Ghz receive system

Low-Cost 10 GHz SSB Receiver

10 GHz LNB Rx converter kit

Wikipedia 1

Wikipedia 2

Youtube 1

Youtube 2

Calculator for azimuth and elevation angle

Eshail AMSAT-DL