Mengapa mesti saya menjadi ahli persatuan? Apa faedahnya?
Kebaikan menyertai persatuan atau kelab ialah dengan hanya kita bersatu dibawah satu persatuan kita dapat membina kekuatan. Anda akan dapat menemui dan berkenalan dengan ramai sahabat yang mempunyai minat yang sama seperti anda, dalam hal ini minat terhadap radio amatur. Anda dapat bertukar maklumat, ilmu dan pengetahuan dengan mereka, dalam aspek teknikal dan lain-lain. Selain dari itu, dengan tidak secara langsung anda membina persahabatan.
Sekiranya anda menghadiri perjumpaan, anda akan menemui rakan dari berbagai latar belakang, guru, doktor, tentera, polis, bomba, juruteknik komunikasi, profesor universiti, kontraktor, peniaga dan sebagainya. Jelasnya, dengan persahabatan ini, anda akan mendapat nasihat dan panduan yang akan membantu anda menambah ilmu tentang radio amatur.
Anda juga akan dapat menikmati kemudahan menggunakan pengulang (repeater) yang biasanya berada di gunung atau ditempat tinggi, yang mana anda seharusnya berbangga kerana anda adalah sebahagian dari mereka yang telah menyumbang untuk senggaraan repeater tersebut. Dari masa ke semasa persatuan akan menganjurkan aktiviti, umpamanya field day dan CQ DX, sertailah… mudah-mudahan anda akan memperolehi banyak pengalaman dari aktiviti itu.
Jika anda seorang aktivis yang suka memberikan sumbangan anda kepada masyarakat dan komuniti, inilah landasan yang tepat. Jangan tanya, apa yang saya dapat dari persatuan, tapi tanyalah apa yang kita boleh sumbangkan kepada persatuan dalam apa jua cara dan bentuk untuk kebaikan kita bersama. Selamat berjuang.
Sila sertai kami melalui pendaftaran online.
Kemudian hubungi kami dan perkenalkan diri anda….
Jangan lupa sertai kami di Telegram
Syarat Keahlian dan Bayaran Pendaftaran dan Bayaran Yuran Tahunan
Ahli Biasa
Keahlian adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Telah mempunyai callsign Radio Amatur. Bayaran Masuk (sekali sahaja). RM 20.00. Yuran Tahunan: RM 30.00.
Ahli Gabungan
Terbuka kepada semua Persatuan / Kelab / Organisasi / Badan lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. Setiap ahli gabungan bolehlah menghantar 10 orang wakil untuk menghadiri semua mesyuarat agung Persatuan dan mempunyai 2 undi sahaja. Bayaran Masuk (sekali sahaja). RM 50.00. Yuran Tahunan: RM 150.00
Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran
Ahli Seumur Hidup
Telah menjadi ahli biasa selama dua (2) tahun berturut-turut. Bayaran: RM 150.00
Ahli Remaja
Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur minima 13 tahun dan mendapat kebenaran bertulis ibubapa atau penjaga. Telah mempunyai callsign Radio Amatur. Bayaran Masuk (sekali sahaja). RM 20.00. Yuran Tahunan: RM 20.00
Ahli Novis
Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia berumur minima 18 tahun. Terbuka kepada mereka yang belum mempunyai callsign dan sebagai Short Wave Listener (SWL). Ahli Novis tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dan tiada hak mengundi di dalam Mesyuarat Agung. Bayaran Masuk (sekali sahaja). RM 10.00. Yuran Tahunan: RM 10.00
Setelah permohonan dibuat, ianya akan dipertimbangkan oleh Presiden atau Timbalan Presiden Persatuan bersama dengan dua orang Jawatankuasa Tertinggi yang menyokong permohonan tersebut, diberikan kuasa untuk meluluskan atau menolak setiap permohonan yang diterima.
Sila baca Peperiksaan Kelayakan Lesen Radio Amatur Malaysia (Berkuatkuasa Januari 2023) untuk maklumat lanjut.