Kalau kita lihat setiap negeri ada persatuan nya sendiri. Ini suatu yang sama sekali tidak berlaku 20 tahun yang lalu. Ini suatu perkembangan yang baik. Penulis berpendapat, ada dua Persatuan yang besar dan berpengaruh ketika ini. Yang semua kalangan radio amatur tanah air tahu. Yang pertama mengatakan merekalah satu-satu persatuan Radio Amatur yang di iktiraf oleh IARU sementara yang satu lagi memperjuangkan bangsa dan mempunyai pengaruh yang kuat dipelusuk negara.
Apakah peranan / fungsi persatuan-persatuan ini? Persatuan yang berpengaruh ini harus mengambil inisiatif kearah menjaga hak-hak kepentingan Radio Amatur. Jika sekiranya pihak tertinggi persatuan tidak mengambil langkah-langkah kearah sesuatu yang konkrik bagi menyuarakan sesuatu ke pihak tertentu atau SKMM maka masa depan Radio Amatur di Negara kita akan pudar. Tugas persatuan-persatuan ini adalah sebagai mewakili Pengemar Radio Amatur membantu kita semua menyuarakan sesuatu bagi kesejahteraan dan kebaikan ahli-ahli radio amatur. Lain-lain persatuan adalah di anggap kecil dimata SKMM dan semuanya menjalankan aktiviti secara “stereo” type, ada persatuan yang fungsi nya bukan saperti yang penulis sebutkan diatas. Persatuan ini mempunyai hala tuju dan objektif yang tersendiri iaitu fokus mereka kepada sesuatu yang berbeza dari persatuan lain dan juga mereka ini merencanakan suatu “event” yang berbentuk luar biasa.
Jika individu menyuarakan sesuatu ke pihak pentadbiran. Mungkin ianya tidak diambil perhatian. Jika persatuan lain ..selain dari yang penulis sebutkan diatas membuat sesuatu cadangan kearah kebaikan Radio Amatur ianya tidak mendapat layanan…ini jelas terbukti. Ini bukan cakap-cakap kosong. Amat malang sekali …dan amat kecewa jika dipikirkan…..siapa yang rugi disini…..kita semua. Namun apakan daya ini lah realitinya….. menjadi mangsa adalah kita semua. Mereka-mereka ini sibuk dengan “repeater”, Field Day, Fox Hunting, Majlis Makan, Mega Eye Ball , Expidisi Dxing, Hamfest dll. Aktiviti saperti ini perlu diadakan namun jangan lupa tanggung jawab Persatuan ini adalah lebih besar dari itu.
Cukai untuk “Transceiver”di hapuskan pada tahun 1995/1996 sebelum SKMM lagi dan pada ketika itu kita hanya
perlu membeli borang Kastam yang harga nya Cuma RM1.00 sahaja tidak ada kos2 lain dikenakan. Namun sungguh malang dan sia-sia sahaja kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang veteran di MARTS satu ketika dulu, dimana pada hari ini sungguhpun kita tidak perlu membayar cukai barangan namun pihak SIRIM mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM60 hingga ke RM180.00
Apa yang perlu dilakukan oleh dua persatuan yang besar ini? Yang satu mengatakan kamilah satu-satunya persatuan yang diiktiraf oleh IARU dan satu lagi mempunyai jumlah ahli yang paling banyak.
1. Baru-baru ini ada persatuan yang mengemas kini “list” jenis transceiver yang sudah lapuk itu. Ini satu tindakan yang baik dan harus diberi kepujian. Saya mewakili ham seluruh Negara mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka ini. Pada pendapat penulis adalah lebih baik persatuan berkenaan memohon terus kepada pihak kementerian supaya dihapuskan semua Fees dan mencadangkan hanya yuran RM5 ATAU RM10 sahaja dikenakan bagi perkhidmatan yang diberikan. Alat Komunikasi tersebut adalah barang kawalan walaupun cukai nya telah dihapuskan namun perlu ada kawalan. Mungkin kita boleh mencadangkan agar dalam borang AP berkenaan di lampirkan salinan AA dan Kad Pengenalan sahaja dan bayaran yang minima sebanyak RM5 /RM10 atau kurang dari itu, dengan ini ia tidak membebankan pengguna radio amatur. Dan yang paling pelik antenna dan “duplexer” pun kena AP……
Orang veteran di MARTS dahulu telah melakukan tugas mereka antaranya membolehkan Radio Amatur menggunakan peralatan Radio Amatur pada Mobile , Mengujudkan Lesen Kelas B, menghapuskan cukai untuk “Transceiver” . Kita harus berterima kasih kepada mereka ini tanpa mereka kita tidak akan kecapi apa yang ada pada hari ini. Dan tak akan ujud Lesen kelas B yang ada pada hari ini. Sekarang adalah masa nya kita buat sesuatu. Persatuan harus memohon di hapuskan cukai kepada ANTENNA, ROTATOR, LINEAR AMP, ATU, Aksesori Radio Amatur dll.
2. Ada satu band perlu di pohon untuk “experimental” saperti yang dilakukan oleh Negara-negara di Eropah, Amerika dan lain-lain lagi. Ini penting kerana jika 40 meter dan 80 meter band tidak boleh berhubung maka band yang di pohon itu adalah satu lagi pilihan ianya baik untuk kegunaan ketika bencana untuk perhubungan jarak 500Km ke 1,000KM. Apakah band nya? Jawapan nya 60 meter band.
3. Callsign Allocation perlu diperbetulkan contohnya 9M4 (angka 4) bukanlah untuk repeater atau club station atau untuk alokasi lesen yang baharu atau “special event station” akan tetapi ianya adalah untuk “CALL AREA” maksudnya angka salepas prefix adalah untuk negeri/state ini yang di praktikan oleh negara2 luar.
Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak berkuasa beberapa tahun yang lalu namun tidak mendapat perhatian sehingga kesaat ini.
4. Fees RM 60 untuk AA harus dihapuskan. Yuran AA kelas A & B perlu dikaji semula ini kerana di US dan UK Lesen Radio Amatur adalah PERCUMA tak dikenakan apa-apa bayaran.
Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak berkuasa beberapa tahun yang lalu namun tidak mendapat perhatian sehingga kesaat ini.
5. Permohonan AA bagi warga-warga asing perlu di permudahkan Kerana penulis pernah bertanya pada warga-warga asing yang datang dari UK dll. mereka mengatakan sukar bagi mereka mendapat AA. Perkara ini perlu mendapat perhatian kerana terdapat berbagai “red tape”.
6. Isu berkaitan Kelas B di beri peluang untuk bekerja di 80M dan 40M band telah di utarakan oleh pihak tertentu sedikit masa lalu sehingga kini belum selesai.
Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak berkuasa pada tahun 2007 yang lalu namun tidak mendapat perhatian sehingga kesaat ini.
Perkara diatas perlu mendapat perhatian persatuan-persatuan Radio Amatur yang berpengaruh di Negara kita. Kita harus peka dengan apa yang berlaku di luar sana. Ada banyak perkara yang harus di buat bukan hanya sekadar buat Field Day, Dxing, Fox Hunting, Contesting dan lain-lain lagi…itu semua harus di teruskan tapi jangan lupa perkara-perkara yang besar harus juga di ketengahkan di pihak pentadbiran persatuan harus ada yang melihat perkara-perkara terkini apa yang berlaku di dunia Radio Amatur. Apa yang harus kita fikirkan ialah bukanya menyalahkan mana-mana pihak semua kita tidak lari dari kesilapan namun kita harus perbaiki kelemahan yang sedia ada.
Harus ada jawatankuasa tertinggi memikirkan tentang dasar dan polisi dan kemana hala tuju Radio Amatur negara kita. Apakah kita hanya menunggu apa yang di hidangkan atau kita sendiri yang merencana dengan resepi-resepi yang baru sesuai dengan kehendak zaman dan waktu. Semua persatuan harus ada kesepakatan dalam membendung isu yang berkaitan dengan Polisi Radio Amatur.
Dipetik dari http://advanced-skynet.blogspot.com/2011/02/kemana-hala-tuju-radio-amatur-di.html oleh 9M2AU bertarikh 12 February 2011