Semua penggiat Radio Amatur dijemput untuk sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan latihan pancaran secara simplex di lokalan masing-masing pada setiap hari Selasa mulai jam 9 malam hingga 10.30 malam. Acara mingguan ini adalah bertujuan untuk menguji kemampuan radas masing-masing dan mengenalpasti sejauh mana pencapaiannya.
Latihan ini ditumpukan kepada penggunaan radio VHF dalam mode FM kerana majoriti penggiat radio amatur mempunyai radio tersebut, namun pancaran VHF mode SSB (USB) juga boleh digunakan bagi sesiapa yang mempunyai radio tersebut, selain dari menggunakan HF 40m Band di COA frequency.
Tahniah kepada semua rakan-rakan yang berusaha menaik taraf ‘alat tempor’ masing-masing dalam usaha menyemarakkan pancaran simplex, selain dari mengekalkan penggunaan repeater dalam kesiapsiagaan terhadap apa-apa musibah dan bencana sekiranya berlaku.