MySET JASRA Siri 1/2021 akan dilaksanakan dengan maklumat seperti berikut:
Hari Aktiviti (D Day). Akan dilaksanakan pada Sabtu, 10 April 2021 bermula jam 3 petang hingga 7 petang.
Penyertaan. Secara individu atau berkumpulan. Sekiranya berkumpulan, hanya satu callsign sahaja perlu didaftarkan dan dipergunakan. Mereka yang telah mendaftar sebagai ahli EDCRT JASRA sangat digalakkan. Stesen dari semua negeri di Semenanjung dipersilakan menyertainya.
Peta Penyertaan. Terakhir dikemaskini: 8 April 2021 20:17:16
Pendaftaran. Secara Online dengan mengisi borang web di bawah.
Tarikh tutup pendaftaran. 8 April 2021 jam 6 petang.
Arahan Terperinci. Akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda.
Peraturan Ringkas Aktiviti
1. Hanya simplex sahaja dibenarkan. Tiada penggunaan repeater.
2. Kuasa pancaran. Yang bersesuaian, maksimum 50 Watt.
3. Sumber kuasa. Janakuasa atau bateri/solar digalakkan. Jika sukar, tenaga elektrik dibenarkan. Penggunaan kuasa bukan AC adalah latihan yang perlu diamalkan.
4. Komunikasi menggunakan Internet @ Media Sosial. Semasa aktiviti latihan, TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Komunikasi seratus peratus menggunakan Radio Frequensi.
5. Kelengkapan Alat Komunikasi. Radio 2 meter band rig VHF/HF/CB dan antenna base station dengan ketinggian semaksimum yang boleh.
6. Lokasi Pemancaran oleh peserta. Pengurusan JASRA tiada halangan sekiranya operasi secara team dilaksanakan di base station atau di lapangan namun budi bicara peserta sangat diharapkan dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang masih berkuatkuasa. Pengurusan JASRA tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kesan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
7. Frequensi yang dipergunakan. Arahan terperinci akan diterima melalui email atau Whatsapp/Telegram setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda.
8. Aktiviti Simulasi / Latihan. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda
9. Callsign. Menggunakan callsign masing-masing.
10. Tanggung Jawab Station. WAJIB membantu sebagai Stesen Relay apabila mendengar mana-mana stesen yang memanggil untuk menghantar berita kepada Stesen tujuan.
11. Log dan Berita. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda
12. Ujian Pancaran. Sila laksanakan atas inisiatif sendiri sebelum waktu dan hari latihan sebenar
13. Ragchew. Tidak dibenarkan. Hanya penghantaran berita antara Stesen Sumber, Stesen Relay dan Stesen Penerima Berita.
14. Peralatan Radio / Logistik / Sajian / Kenderaan. Urusan persendirian.
15. Rekod Aktiviti. Semua stesen digalakkan mengambil video, rakaman suara dan gambar semasa aktiviti dilaksanakan sebagai dokumentasi aktiviti.