National Field Day 2020
Kepada semua penggiat Radio Amatur di Malaysia,
Malaysian Amateur Radio League (MARL) akan menganjurkan lagi Hari Lapangan Kebangsaan 2020 atau dalam Bahasa Inggerisnya National Field Day (NFD) 2020 bermula Selasa, 15 September, 08:00 Malaysia Standard Time (MST) hingga Rabu, 16 September 2020, 23:59 MST. Acara ini juga bersempena dengan Hari Malaysia yang ke 57 tahun pada tahun ini.
Anda boleh menyertai acara ini secara berkumpulan (Persatuan / Kelab / Komuniti) dan mengambil kesempatan mengadakan secara bersama Hari Keluarga contohnya. Anda juga boleh menyertainya secara individu dengan membawa kenderaan anda ke tempat pilihan anda. Mohon perhatian, sentiasa rekodkan QSO anda secara manual atau menggunakan perisian ‘logger’ menggunakan komputer. Untuk merekodkan secara manual, sila muat turun Field Day Log dan Field Day Summary Sheet di menu Download.
Seperti tahun-tahun yang lalu, acara ini akan disertai secara serentak oleh mana-mana Club Station atau Stesyen Individu di seluruh negara. Acara ini tidak berkonsepkan pertandingan, tetapi adalah acara santai bersama rakan-rakan atau keluarga. Anda boleh memancar di mana-mana band yang dibenarkan mengikut kelas Callsign yang anda pergunakan, sama ada callsign persatuan/kelab atau individu. Sekiranya mahu mengendalikan Net dan memancar ke stesyen pengulang, keizinan haruslah diperolehi terlebih dahulu dari pemilik stesyen pengulang tersebut.
MARL mengalu-alukan penyertaan semua Persatuan Radio, Kelab Radio atau Individu untuk mengaktifkan callsign stesyen masing-masing dilokasi anda. Sebagai salah satu aktiviti radio amatur dan atas semangat Hari Lapangan Kebangsaan / National Field Day, semua yang menyertai diminta menggunakan bekalan elektrik dari kuasa Bateri atau Generator sebagai persiapan dan latihan sekiranya di atur gerak ke tempat-tempat bencana alam atau kecemasan. Acara sebegini sudah tentulah memberikan peluang kepada kita memeriksa semua peralatan radio dari punca kuasa, radio, kabel dan antenna nya. Kepada yang belum pernah merasai dan mencuba komunikasi menggunakan High Frequnecy (HF), inilah peluangnya untuk mempelajari dan menimba pengalaman dari rakan-rakan. MARL menyeru semua rakan radio amatur seluruh negara untuk sama-sama memeriahkan acara ini.
Silakan mendaftar dan sebelum itu sila fahami konsepnya terlebih dahulu dan peraturan aktiviti. Sila lawati page Facebook MARL juga untuk maklumat yang terkini. Kami mengalu-alukan penyertaan anda. Terima kasih.
Dear All Amateur Radio Members,
Malaysian Amateur Radio League (MARL), will be organizing 2020 National Field Day, beginning from Tuesday, 15th September 2020, 08:00 MST until Wednesday, 16th September 2020, 23:59 MST (UTC +8). You may join this event as a group (Amateur Radio Club Station, Amateur Radio Community) to get together with family or as an individual going around with your vehicle to the place of your choice. Please do remember, always logged your QSO either manually written or using logging software on your laptop. If you choose to record your QSOs manually, please download and print Field Day Log and Field Day Summary Sheet at Download menu. This event will also be held concurrently at a number of location throughout the country. As reminder, this is not a contest and please read the rules. If you intend to organised a net on your local repeater, kindly to get the permission from the repeater owner earlier.
MARL welcomes all other Amateur Radio groups, clubs and societies also individuals, to set up their station at their respective states. As amateur radio activity and in the spirit of Field Day which has been organised for many years, ALL participating groups/clubs/society/individuals are requested to use ONLY BATTERIES or GENERATOR SET to power up their stations and equipment as our training and preparation to be deployed anywhere in emergency conditions or disaster.
This event will give you an opportunity to check your working conditions such as your power supply source, radio and your antenna. For those who’re keen to learn especially in High Frequency communication, this is a golden opportunity for you. MARL would like to call for all amateur radio members in the country to participate in this event. Those interested, kindly Register here. Please visit MARL Facebook page for up-to-date information. We’re looking forward for your participation in the 2020 National Field Day.