NOTIS MESYUARAT AGUNG JASRA KALI KE 15

Format pdf sila muat turun disini.

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada Tuan / Puan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA) kali Ke-15 yang akan diadakan seperti maklumat dibawah :

Tarikh : 21 Mei 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Rumah Kelab JASRA Daerah Kluang
JKR 449, Jalan Hospital, Kluang,
Johor Darul Takzim

2. Tuan / Puan adalah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung tersebut di atas. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Meluluskan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
2.2 Menerima Laporan Aktiviti.
2.3 Membentangan dan Menerima Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan.
2.4 Pemilihan AJK baru tahun 2022 / 2023
2.5 Membentangkan usul yang diterima sekiranya ada.
2.6 Hal-hal lain.
2.7 Penangguhan mesyuarat.

3. Adalah dengan ini Tuan / Puan diminta hadir bagi menunaikan tanggungjawab mengikut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

SETIAUSAHA