Pengurusan JASRA telah memutuskan keperluan untuk membuat perubahan yang terkini kepada logo JASRA yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, adalah diumumkan Pertandingan Mereka Cipta Logo Baru JASRA dengan butiran seperti dibawah.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada ahli atau bukan ahli atau orang awam.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walaubagaimanapun hanya 1 penyertaan akan dipilih sebagai pemenang dan peserta hanya dibenarkan memenangi satu hadiah sahaja.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2022 dan sebarang penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.
- Logo yang terpilih akan diputuskan pemenangnya semasa Mesyuarat Agung JASRA yang akan datang.
- Semua rekabentuk logo yang diterima adalah menjadi hak milik JASRA dan tidak boleh dituntut oleh peserta.
- Rekabentuk logo yang menang akan digunakan sebagai logo rasmi JASRA.
- Sila hantar penyertaan melalui email ke secretary at jasra.org.my dengan memberikan maklumat Nama, Callsign (sekiranya ada), Alamat Lengkap, No Telefon.
SPESIFIKASI REKA BENTUK
- Wajib ada perkataan PERSATUAN JALUR SELATAN RADIO AMATUR MALAYSIA atau JALUR SELATAN RADIO AMATUR MALAYSIA
- Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga . Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau dicetak.
- Reka bentuk hendaklah logo hendaklah menarik, jelas dan kemas serta mengandungi elemen dan ciri-ciri radio amatur.
- Tidak dibenarkan memasukkan apa-apa bentuk lambang atau bendera yang bertentangan dengan Seksyen (3) Akta 414, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963
- Reka bentuk hendaklah dihasilkan dalam JPEG resolusi minimum 1280 x 960 (dpi)
- Pereka hendaklah memberikan penerangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan dapat menterjemahkan fungsi logo.
HADIAH
Sebagai tanda penghargaan kepada pemenang, JASRA akan menyediakan hadiah misteri kepada satu pemenang sahaja yang akan diumumkan dan diserahkan semasa Mesyuarat Agung akan datang.